CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 17, 2011

❤ MAUT DI PLKN ❤

PLKN





hai sumerr...hope semua dalam keadaan sihat .... sebenarnya kalau kamu semua perhatikan gambar nie..mesti korang dah taw ni gambar aperkan...hurmm..sebenarnya gambar nie ader kisahnyerr,,,hurmmm...ceritanya macam nie...pada 15 FEB...aq telah mendengar khabar bahawa seorang rakan ku telah meninggal dunia di PLKN disebabkan oleh jangkitan kuman....hurmm...waktu aq dengar cerita nie aq sedih sangt..
walaupun aq tidak rapat denagn beliau..tpi aq dah mengenali beliau ketika aq bersekolah bersama beliau dahulu....sedih juga rasa hati nie...apatah lagi keluarga beliau...hurmm..kat sinie aq ade sikit information mengenai kejadian ini.

CERITA NIE AQ DAPAT DARI FREE MALAYSIA TODAY

Pelatih PLKN meninggal dunia akibat kecuaian

Michael Kaung
 | February 16, 2011
Akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital seorang pelatih PLKN meninggal dunia.




KOTA KINABALU:  Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Wawasan Ovai, Papar dekat sini meninggal dunia pagi kelmarin didakwa akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital yang merawatnya.
Mohd Zulhaili Noraihan, 18, berasal dari Melaka dan kini menetap bersama keluarganya di Cheras, Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi kelmarin (Feb 15) di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini selepas dikatakan menerima rawatan di Hospital Papar.
“Zuhaili mula demam sejak minggu lepas dan pergi meminta rawatan di pusat perubatan kem sebelum diberikan ubat demam.
“Bagaimanapun, demam dia (Zuhaili) bertambah teruk pada Jumaat minggu lepas dan telah pergi ke pusat perubatan untuk kali kedua lalu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh petugas pusat perubatan kem,” menurut sumber dari Kem Wawasan Ovai, Papar.
Menurutnya, ketika berada di hospital, Zuhaili hanya dirawat oleh pembantu perubatan malah ubat diberi selepas pembantu perubatan itu menerima arahan daripada doktor melalui telefon.
“Pembantu perubatan itu juga hanya berhubung dengan doktor melalui telefon untuk meminta arahan ubat jenis apa yang sesuai diberikan dan akhirnya Zuhaili diberi ubat tahan sakit.
“Pada masa itu, keadaan Zuhaili juga agak kritikal dengan keadaan mata dan kakinya yang bengkak,” katanya menambah Zuhaili bersama dengan jurulatih yang membawanya ke hospital balik semula ke kem selepas diberi ubat tersebut.
Mengadu sakit
Pada sebelah malam, Zuhaili sekali lagi mengadu dia sakit dan mendakwa telah salah diberikan ubat kerana keadaannya semakin teruk tetapi pusat perubatan kem tidak berbuat apa-apa termasuk menghantarnya semula ke hospital.
“Zuhaili hanya dibawa ke hospital Papar pada keesokkan harinya itu pun oleh jurulatih yang bertugas kerana pusat perubatan kem tidak beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad,” tegasnya.
Katanya lagi, setibanya di hospital Papar, Zuhaili telah dirawat di unit kecemasan dan ditahan di wad biasa selepas itu.
“Sepanjang tempoh dia ditahan juga, agak jarang doktor yang datang menjenguknya sedangkan keadaan fizikalnya berubah dan semakin teruk,” dakwanya lagi.
Zuhaili yang dikatakan semakin kritikal kemudiannya dipindahkan ke QEH di sini untuk rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Ahad lepas.
Ibu bapa Zuhaili yang dimaklumkan mengenai kejadian itu juga dikatakan tiba di ibu negeri pada hari yang sama untuk melihat anak mereka.
Bagaimanapun, Zuhaili disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital kira-kira jam 11 pagi kelmarin dan mayatnya juga telah diterbangkan menggunakan pesawat ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan di kampung halamannya.
“Apa yang saya ingin persoalkan di sini ialah tindakan pihak hospital yang hanya memberi ubat tahan sakit ketika kali pertama dia (Zuhaili) meminta rawatan di hospital dan ubat tersebut juga diberi selepas menerima arahan melalui telefon daripada seorang doktor.
“Mungkin perkara sedih ini dapat dielakkan jika pihak tertentu termasuk pihak hospital tidak mengambil sikap sambil lewa,” ujarnya.

NI PULAK AQ DAPAT DARI BERITA HARIAN
 . 

Maut jangkitan kuman
Oleh Veena Rusli
veena@bharian.com.my
2011/02/16


Timbalan Menteri Kesihatan sempat lawat pelatih PLKN di HQE 

KOTA KINABALU: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Wawasan Ovai, Papar, kira-kira 50 kilometer (km) dari sini, meninggal dunia semalam selepas terkena jangkitan kuman di telinga.

Mohd Zulhairi Noraihan, 17, berasal dari Taman Desa Baiduri, Cheras meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, akibat penyakitnya itu.

Pelatih berkenaan dipercayai tersenarai dalam kumpulan satu yang menjalani latihan dari 2 Januari lalu hingga 13 Mac ini. 

Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata doktor melaporkan pelatih lelaki terbabit mempunyai imuniti rendah dan sukar melawan jangkitan. 

“Saya sempat melawat Mohd Zulhairi di HQE semalam (kelmarin) selepas mendapat maklumat menge nai keadaannya. 

“Doktor yang ditemui memberitahu, otak pelatih itu tidak mencatat pergerakan aktiviti manakala tahap imuniti badannya yang sangat rendah turut menyukarkan proses melawan jangkitan kuman. 
“Keadaan itu menyebabkan peluang untuknya bertindak balas terhadap rawatan tipis dan sebentar tadi saya mendapat berita pelatih berkenaan meninggal dunia pagi tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. 


...........................

aq cumerr rase kecewa dengan sikap sambil lewa yang diambil olehh pihak tertentu....hurmmmm...rasa sedihh masih lagi dirasai....disini aq cumerr boleh mengatakan bahawa...PLKN juga bukan larr satu tempat yang boleh dikatakan selamat..cumerr sikap berhati - hati dah berwsapada perlu dititik beratkn...aq berharap keluarga allahyarham redha akan pemergiannya...kita hanya boleh sedekahkan AL-FATIHA dan berdoa agar roh nya ditempatkn dikalangan orang2 yang beriman...AMIN...

AL - FATIHA

5 comments: